Lens Pendek kenon

Curi masa sikit update blog yang bersawang nie. Tak dak apa pun yang nak dikongsikan, cuma nak bagitau minggu lepas dah lepaskan prime lens canon ni, lepaskan murah-murah saja sebab dah lama tak guna. Maklum la dah tak pakai canon dah sekarang nie. dulu saja simpan lens 50mm f/1.8 II ni sebab angan-angan dan cita-cita nak amik body fullframe lak. target dulu 5DmarkIII la. tapi apakan daya harga tinggi melangit dan aku berpijak dibumi yang nyata. hahaha….

Faktor lain sebab nak pakai camera yang kecik-kecik ja, senang nak travel dengan famili. sekarang cuma pakai FujiFilm X-T10 dengan kit lens dia 18-55mm f/2.8. baca review lens nie sangat bagus antara kitlens sebab color dia naik, focusing dia laju & gambar dia sharp. cuma mahal sikit compare kit lens yang lain.

Gambar lens 50mm f/1.8 ni amik guna fujifilm X-T10 dgn kit lens 18-55mm f/2.8

Tasik Taiping dari kamera analog

Ini share shot dari kamera film

Nikon F3hp | Kodak 400 Expired | 50mm f/1.8

 

Alif lawan harimau

Hujung minggu Alif balik kampung Atok kat Muar, pi balik hari saja tak plan tido sana pun. Sampai Muar dah tengah hari… naik rumah ja punya la terkejut tengok Atok ada bela rimau sekor…. Alif terus terkam rimau tu.. bergelut punya bergelut.. Alif gigit ekor la…. gigit telinga la.. campak rimau tu la… sampai la rimau tu surrender kalah…. terus jadi kawan baik…. haiihhhhh….

Taiping Lake Gardens

December tahun lepas (2015) memang amik cuti panjang, panjang tak panjang mana la seminggu je la sebab nak habiskan cuti. Plan nya nak singgah jalan2 makan angin sambil on the way balik ke kampung. so jadi la plan singgah Taiping lake garden nie. sebenarnya sebelum nie pun ada singgah tapi nasib tak baik sebab masa tu hari hujan. Tak dapat la nak keluar bergambar. Kali nie balik pun sama jugak hujannya… masa atas highway plus dari Kuala Lumpur tu ashik hujan ja… sampai Taiping pun hujan jugak…. errrmmm macam tak dak rezeki lagi ja nak bergambar kali nie… tapi gagah jugak la exit highway kat Taiping terus menghala ke Tasik Taiping nie… Alhamdulillah tak hujan… cuaca mendung saja.

Apa lagi cepat2 la cari parking. First kami sefamili pergi naik boat kat Ride And Cruise Taiping.

Wahhhh bukan main seronok lagi sekecik tu…. penat sangat dok berkayuh kat dalam tasik tu…. boat pun tak service, susah nak kemudi, pecah kat sana pecah kat sini.. nasib baik tak karam… harap pihak pengurusan dapat tukar yang baru….

Settle bab kayuh2 nie.. sekarang bab jalan2 lak… sepanjang kat tasik nie ramai sangat pasangan2 pengantin baru yang outdoor kat sini…. ye lah tempat cantik la kan,,….

 

Adelia

Adelia setahun lebih kurang 😀

Nikon F3 | 50mm f/1.8 | Kodak 400 Expired

Goodbye iPhone 5s

Cuma nak capkan selamat tinggal iphone 5s. Thanks for your service 2 tahun dengan cemerlangnya. Tak pernah ada masalah. Cadangnya nak upgrade model latest tapi sekali keluar iphone 6s design nya sama dengan iphone 6 tahun lepas cuma tambahan feature saja… what the hellllllllll….. terus sentap nak upgrade.

Sebab tahun nie mmg dah plan nak tukar phone screen yang besar sikit, terpaksa la tukar amik android phone yang besar screen nya.. sekali amik ASUS ZENFONE 2 Laser 5.5 inci. naaahhh… sama size dengan iPhone 6s plus.

Pagi tadi aja la iklankan nak jual iphone 5s kat Lowyat, Mudahapplebuysell.com. Berpusu2 sms & call masuk. woww hot item barang apple nie.

Gambar nie diambil dari Asus Zenfone 2 Laser. Not bad at all…..

Asus Zenfone camera spec

13 MP, 4128 x 3096 pixels, laser autofocus, dual-LED (dual tone) flash

 

Ikea Meet Ball & Chicken Wing

Semalam cuti Hari Malaysia, berjalan-jalan kan diri ke Ikea. ada lah beli sikit-sikit yang murah-murah. Nak habaq cerita sepanjang 13 tahun dok KL, dah berkali-kali mai Ikea tak pernah nak makan meet ball kat sini. biasa dengar cerita orang cakap sedap saja. sebelum nie tiap kali datang memang nak try tapi orang tak pernahnya kurang. tempat duduk sentiasa full. semalam keluar dari rumah dah pukul 12 tak makan tengah hari.. dok pusing-pusing sampai foodcourt dia dah pukul 3. perut pun dah lapar sangat. nak tak nak kena la mencari meja kosong dengan beratur panjang nak beli makanan.

Apapun memang sedap la meet ball dia dengan chicken wing dia. tapi yang tak berapa nak paham, dalam pinggan meet ball dia tu ada merah-merah ingatkan sos. tapi bila rasa macma jem strawberry. apa pun enjoy..

Apple update!!!

Ramai yang tido lewat hari tu sebab nak tengok new news dari Apple dengan pelancaran model baru macam Apple TV, Apple Watch, iPad Pro, Apple Pencil dan yang dinantikan iPhone 6s. Di sini saya cuma nak highlight pada iPhone 6s saja, macam biasa kalau dah model 6s maka designnya akan sama seperti model sebelumnya. dan macam biasa jugak features baru akan di tambah macam 3D touch, 4K video, Multi Touch. ooohhhh man sangat tak best, jadi pada saya buat apa nak spend  duit  banyak untuk upgrade yang tak seberapa tu. tapi dalam pikiran dah cadang nak tukar phone kepada screen yang lebih besar sikit, maklum la sekarang iPhone 5s screen yang agak kecil. Tapi patut ke beli iPhone 6 saja atau beli saja phone lain yang murah? eerrmmm….

 

Ni event pelancaran Apple hari tu. sumber dari youtube

Alif dengan pistol buih

Nie gambar masa balik kampung hari raya hari tu. tak ingat raya keberapa dah… masa nie lepak kat rumah saja. Tengah hari potong rambut hero nie kasi dogol lepas tu bagi tido. Petang bangun baru la lepak main pistol buih nie. Sebab baru bangun tu la muka hero nie serius sikit. maklum la engine tak panas lagi. Kalau engine dah panas siap la….

Rindu nak pakai DSLR masih membara, tapi apa nak buat bajet dah tak ada. Nasib baik la hari tu beli Nikon F3 kat ebay. Mulanya cadang nak beli FE2 saja… tapi bila baca review ramai yang recommand F3 nie. pejam la mata sikit angkat jugak la. Masa tu duit Malaysia tak jatuh seteruk sekarang nie. 1USD = RM3.6 saja. sekarang dah 1USD = RM4.30

Pakai kamera film nie kena kesabaran yang tinggi. lepas shoot tak dapat tengok hasilnya lagi. kena tunggu 1 roll habis kena hantar develop lepas tu baru bole tengok. kalau kena shot tu tak jadi mungking exposure tinggi atau rendah, fokus blur memang muncung la muka. tapi kalau shot tu jadi dan berpuas hati senyum sampai ketelinga la.. itu la cabarannya… seronok kan..

Camera: Nikon F3hp, Film: Centuria 200. Lense: 50mm f/1.8

Jarum tujuh bilah

Jarum tujuh bilah

Nikon F3 | Centuria 200 Expired | 50mm f/1.8

« Older posts

© 2016 Azizanlography

Theme by Anders NorenUp ↑